Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN BERGERAK AMAL KEBAJIKAN TARBIAH INSAN SABAH (BAKTI)
Dimulakan pada Dec 07, 2022
RM848 / 1.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
38 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Saudara dan saudari sekalian, kami memohon dana tambahan bagi membantu proses penambahbaikan surau As Siddik Espalanade Siddik Kudat, Sabah. Jom kita bantu penambahbaikan Surau As Siddik Espalanade Siddik Kudat sebelum ketibaan bulan Ramadhan.
Ramadhan semakin dekat, kurang 3 bulan lagi. Bagi saudara ku yang beragama Islam di tempat lain, sudah pasti mempunyai keselesaan untuk melakukan ibadah di surau yang serba lengkap. Namun, bagi surau ini yang sering menjadi kunjungan para jemaah yang bermusafir dari luar daerah kudat, mereka ingin mencari surau yang terdekat dan sekaligus utk mencari bilik tumpangan bermalam bagi yang kurang berkemampuan dan dapatlah para jemaah musafir merasai suasana surau yang serba lengkap.
Pada bulan Ramadhan pada beberapa tahun lalu, kebimbangan disuarakan oleh jemaah terhadap keadaan surau yang kurang selesa dan kurang lengkap. Penduduk amat mengharapkan keadaan surau akan menjadi lebih baik dengan penambahbaikan yang dilakukan dan mempunyai kesempatan meraikan Ramadhan yang datang dengan penuh keberkatan.
Setidak-tidaknya, harapan penduduk agar dewan berbumbung dapat disiapkan dengan segera. Kita bantu selagi perlu, kongsi selagi mampu. Sama-samalah kita berikhtiar membantu mereka yang amat memerlukan. Sekaligus, mengembalikan suasana beribadah yang cukup selesa di dalam bulan Ramadhan yang akan datang. Besarlah harapan kami untuk kita semua saling membantu dan menghulurkan sumbangan. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya. Salam kebaikan buat semua para penyumbang yang baik hati. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan seharian.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 14, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 23, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 22, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Dec 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 12, 2022