MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 03, 2024

HADIRKAN KASIH DALAM INFAQ PENDIDIKAN ANAK ANAK LANGKAWI YATIM DAN ASNAF

RM110 / 3.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

14 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH MENGHULURKAN BANTUAN UNTUK INFAQ PENDIDIKAN KEPADA PELAJAR MISKIN DAN YATIM DARI PULAU LANGKAWI, KEDAH YANG PENUH TEKAD UNTUK MENUNTUT ILMU DAN MENGHAFAL Al-QURAN


Assalamualaikum wbt. Di akhir bulan Rabiul Awal ini bulan kelahiran Rasulullah ﷺ yang mulia ini , pihak kami menyeru para penderma yang budiman dan prihatin untuk bersama-sama membantu anak-anak dari Langkawi yang datang ke maahad ini untuk menuntut ilmu agama agar mereka dapat meneruskan pengajian mereka. Bilangan anak-anak Langkawi yang belajar di sini adalah sebanyak 5 orang. Kebanyakan mereka daripada latar belakang anak yatim dan fakir miskin.



Sumbangan yang diberikan akan digunakan untuk membayar yuran bulanan pelajar sebanyak RM250 per orang. Di samping itu, pihak maahad menyediakan pakaian, wang saku setiap bulan, menyediakan alat-alat tulis kepada mereka dan juga membantu biayai tambang feri apabila musim cuti yang panjang.


Dengan adanya bantuan dan sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan, kalian memiliki peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan yang mulia para pelajar ini. Selagi mana mereka membaca dan menghafal ayat-ayat Allah SWT, kita turut mendapat saham pahala sama ada kita masih hidup dan sudah tiada lagi.



“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang soleh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya”

(Hadis Riwayat al-Muslim)


Selain itu, dengan membantu anak-anak Langkawi dalam pendidikan, pemakanan, dan kewangan ini, kita juga boleh mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda.



Maahad menganjurkan kempen ini bermula RM10 bagi memberi kemudahan kepada para penyumbang untuk menyumbang di sini demi kelangsungan pusat pendidikan agama Islam di maahad ini. Semoga Allah Swt membalas sumbangan kalian dengan keberkatan usia, keafiatan tubuh badan dan meraih keampunan dari Allah SWT.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024