MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Oct 02, 2024

DANA INFAQ PEMBINAAN TAPAK TANGKI AIR BERSIH

RM60 / 0.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

5 Penyumbang

12 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Rayu infaq membuat tapak tangki air bersih untuk meletak tangki simpanan air bagi kemudahan bekalan air kepada anak-anak tahfiz dan warga asatizah di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, pihak maahad mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman yang sedia memberi sumbangan dalam kempen-kempen infaq anjuran maahad ini yang lalu. Setiap sumbangan akan digunakan sepenuhnya bagi kelestarian dan kelancaran pendidikan tahfiz Al-Quran dan ilmu agama kepada pelajar-pelajar di sini.



Hasil sumbangan daripada para penyumbang dari kempen-kempen yang lalu pihak kami berjaya membeli sebanyak 4 buah tangki air di maahad kami. Namun, sehingga kini pihak kami masih belum mempunyai dana yang mencukupi bagi menyiapkan kerja-kerja pembinaan tapak tangki air ini. Kedudukan tangki air yang tinggi amat penting bagi memastikan pengaliran tekanan air sentiasa berada pada tekanan yang normal.



Tempat Pembinaan Tapak Tangki Air


Pihak maahad berhasrat untuk membeli beberapa batang besi, simen, dan lain-lain lagi bagi pembinaan tapak ini. Kami berhasrat untuk membuat pailing agar struktur binaannya lebih kukuh dan kuat. Selain itu, dalam menyiapkan tapak ini kos untuk membayar upah pekerja juga diambil kira.



Akhir kata, marilah bersama-sama berinfaq bermula RM10 bagi menjayakan kerja-kerja pembinaan tapak tangki air ini untuk memberikan akses kepada air bersih yang sangat diperlukan oleh para pelajar kami yang sedang gigih mempelajari dan menghafaz Al-Quran. Semoga para penyumbang dimurahkan rezeki, ditambah keberkatan hidup dan mendapat keredaan Allah SWT.


Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:


ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا


Yang bermaksud: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”

(Riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024

SEMUT HITAM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 04, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Oct 03, 2024