MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 24, 2024

KEPERLUAN ASAS MAKANAN KEPADA ANAK ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM145 / 4.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

9 Penyumbang

Hari Terakhir

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH RAIH KEBERKATAN DENGAN BERINFAQ MEMBANTU ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF MENDAPAT MAKANAN YANG BERKHASIAT.


Saya mewakili Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah, dengan rasa rendah hati kami ingin memohon kepada muslimin dan muslimat sama-sama berkongsi rezeki dengan berinfaq keperluan makanan asas berkhasiat seperti gula, garam, kopi, sardin dan lain-lain lagi kepada anak-anak yang semangat dalam menuntut ilmu demi mencapai kejayaan mereka untuk menjadi Hafiz Al-Quran. Pihak maahad berharap kepada muslimin dan muslimat agar dapat sama membantu kami dalam mendapatkan keperluan tersebut.



Oleh kerana itu, pihak maahad melancarkan kempen infaq dengan serendah RM10 kepada insan-insan yang budiman untuk berinfaq dan membantu tahfiz kami yang serba kekurangan. Semoga dengan lancarnya kempen ini dapat meringankan beban kos pembelanjaan di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah.


Surah Al-Baqarah Ayat 267 Allah SWT berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, infakkanlah sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untukmu. Janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu infaqkan, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah bahawa Allah Maha Kaya, Maha Terpuji.”



Akhir kata, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada insan-insan yang sanggup mengorbankan harta di jalan Allah SWT dengan memberi sumbangan kepada anak-anak syurga ini,semoga Allah SWT murahkan rezeki kalian jauhkan penyumbang penginfaq daripada musibah dan Semoga Allah memberikan A’fiah kepada mereka dalam kehidupan mereka.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan