Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM80 / 2.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
8 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di pedalaman Nusa Tenggara Timur, terdapat kisah hidup yang penuh kesederhanaan, di mana warga emas seperti Atuk Usman Rana, Nenek Hatija, dan Nenek Maria Nuang hidup dengan kekuatan yang luar biasa untuk meneruskan ibadah. Walau bagaimanapun, mereka bukan satu-satunya. Masih ramai lagi orang emas di sekeliling kita yang memerlukan bantuan dan kasih sayang kita.
Dalam perjalanan untuk bertemu wajah-wajah berkilauan di waktu matahari terbenam, kami bertemu dengan Nde Iyan, seorang janda tua yang kini tinggal bersama anak dan cucunya. Kehidupan hariannya penuh dengan batasan kerana dia hanya mampu duduk dan berjalan di sekitar rumah mereka kerana tidak mampu berjalan jauh. Keadaan penglihatannya yang semakin membimbangkan akibat usia seakan menambah bebanan hidupnya.
Namun, Nde Iyan tidak pernah berputus asa. Dengan hati yang teguh, dia menjalani hari-harinya sambil berharap ada kawan baik yang sudi membantunya meringankan beban hidup yang semakin bertambah.
Asar Humanity melancarkan kempen ini untuk memberikan cahaya harapan dan kebahagiaan untuk warga emas yang rajin ibadah seperti Nde Iyan. Mulai dari RM10 kita berganding bahu memberikan hadiah peralatan solat untuk orang tua yang perlu dihormati. Bungkusan ini terdiri dari telekung dan sarong sesuai dengan kebutuhan warga emas dalam beribadah.
Sumbangan dari anda sebelumnya telah membantu nek Enah dan Atuh Suud mendapatkan bungkusan peralatan ibadah dan makanan asas untuk kebutuhan harian. Mari luaskan manfaat, bahagiakan yang lainnya. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, perlindungan dan kelancaran rezeki buat anda sekeluarga. Amin, ya rabbal alamin. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah ala kulli haal, pasukan Asar Humanity berjaya mengagihkan baju dan peralatan sholat untuk warga emas yang kurang mampu di kampong Selatpanjang Selatan, Kepulauan Meranti, Riau. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Sumbangan dari anda telah memberikan baju, sarong dan telekung yang baru untuk orang tua yang masih rajin beribadah ini.
Salah satu cerita dari Fadli atau sering disapa pak Li, orang tua renta yang menumpang hidup di rumah anak yang sederhana. Beliau tidak pernah absen untuk selalu menyempatkan diri untuk datang ke masjid yang memang tidak jauh dari kediamannya. MashaAllah.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
T
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 17, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 17, 2024