Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM396 / 13.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
27 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dengan penuh kesyukuran, Asar Humanity mengajak anda semua untuk bersama-sama merasai kebahagiaan melalui perbuatan baik. Saat ini, momentum hari-hari terakhir bulan Rejab telah tiba, dan kami ingin memaksimumkannya dengan memberi hadiah kegembiraan kepada anak-anak yatim dan dhuafa maahad tahfiz yang telah bertungkus-lumus dalam menuntut ilmu agama.
Sebagai kesinambungan usaha kami sebelum ini, Alhamdulillah, Asar Humanity telah berjaya membina dan menyelenggarakan beberapa maahad untuk anak-anak yatim dan fakir miskin. Mereka adalah anak-anak yang sangat berdedikasi untuk belajar agama dengan kos yang rendah malah secara percuma. Mereka diajar untuk menghafal dan memahami isi kandungan Al-Quran, dengan harapan suatu hari nanti mereka akan menjadi tahfiz yang mengamalkan dan menyebarkan syiar agama Islam.
Namun, kami sedar bahawa perjuangan ini tidak boleh dilakukan seorang diri. Kami memerlukan sokongan anda. Kini, lebih 200 pelajar tahfiz memerlukan perhatian dan sokongan untuk terus membangun. Mereka tidak pernah meminta-minta, tetapi kegigihan mereka dalam mempelajari agama dan memahami Al-Quran memerlukan penghayatan dan bantuan daripada kita semua.
Asar Humanity menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menyertai amal ihsan ini dengan memberi sedekah untuk memberikan pakej bungkusan Al Quran, serta makanan berkhasiat yang mengandungi susu, buah-buahan, vitamin, dan makanan siap makan. 1 pakej ini dapat disediakan dengan derma serendah RM60. Jom bahagiakan anak-anak yang disayangi Rasulullah SAW.
Dengan sokongan dan penyertaan anda, kami boleh mencipta kebahagiaan untuk anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kebaikan yang kita lakukan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SABARIAH SALIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 02, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Feb 02, 2024
NOORHIDAYAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 02, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 02, 2024
MUHAMMAD SAUFI BIN KAMALUDIN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 02, 2024