BANTUAN BERAS KEPADA MASYARAKAT YANG MEMERLUKAN

RM120 / 0.24 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

6 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama sama berkongsi rezeki untuk membantu mereka yang di dalam kesusahan.


Marilah kita menyumbang untuk membantu masyarakat yang memerlukan ini kerana kalau bukan kita siapa lagi. Jom kita bantu mereka yang berada dalam kesusahan. Pada tahun 2023 pada bulan September ini kita dikejutkan dengan kenaikan harga beras yang sangat mahal kenaikan dalam masa yang sangat singkat. Oleh itu, NGO Bakti Sabah akan membuat kempen ini sekurang-kurangnya memberikan lebih kurang 1500 pek beras kepada isi rumah  yang memerlukan.




Pada tahun 2021, 2022 dan awal tahun 2023 NGO Bakti Sabah telah mengedarkan lebih 3,000 pek beras kepada rumah anak yatim, isi rumah dan mangsa kebakaran yang memerlukan. Menerusi pemberian seperti ini, mereka yang memerlukan ini tidak ketinggalan untuk mendapatkan bekalan makanan dan mempunyai makanan untuk diberikan kepada penghuni di setiap isi rumah. Usaha ini akan terus berjalan dan tidak terhenti setakat ini sahaja. Pemberian ini akan diadakan secara berterusan dan tidak terhad kepada bekalan makanan kering sahaja. kali ini. Kami memberikan beras dengan menyasarkan 1,500 buah isi rumah sebagai penerima untuk program beras ini sekitar Sabah. 





Dengan bantuan, sokongan dan pertolongan berterusan dari semua pihak yang menyumbang. Kami akan dapat melaksanakan pemberian ini untuk sesi kali ini pula. Kami menjangkakan pemberian ini akan diberikan pada bulan Oktober ini. Marilah kita menjadi sebahagian manusia yang dapat memberikan kelebihan dan manfaat buat orang lain yang memerlukan. Ayuh, kita bantu mereka!






Dari potongan ayat Al-Quran: "Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 195)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Sep 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Sep 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat