YAYASAN ENDATOE RAJ ELFATH

Dimulakan pada May 21, 2024

INFAQ SATU PIRING NASI UNTUK PENGHAFAZ QURAN

RM10 / 0.33 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

1 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Setiap sumbangan, walau sekecil mana pun, amat bermakna. Ayuh sama-sama kita berganding bahu menghulurkan sumbangan beras kepada Pondok Pesantren Tahfiz Al-Quran Ar-Raudhah.


Di sebalik setiap bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang berkumandang di Pondok Pesantren Tahfiz Al-Quran Ar-Raudhah, terdapat kisah perjuangan dan pengorbanan. Pondok pesantren yang menjadi pusat perlindungan pelajar ini berdepan cabaran besa iaitu kekurangan beras untuk menampung keperluan harian mereka.


Namun, di tengah keterbatasan ini, semangat mereka untuk belajar dan menghafal Al-Quran terus membara. Kami menjemput anda untuk bersama-sama membantu memenuhi keperluan asas mereka dengan menderma beras.



Pondok Pesantren Tahfiz Al-Quran Ar-Raudhah merupakan rumah kedua kepada ratusan pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Setiap hari, mereka mengabdikan diri untuk menghafal Al-Quran dan mempelajari ilmu agama. Namun, beras yang terhad menjadi halangan besar. Keperluan beras yang tidak terpenuhi mengancam ketahanan fizikal mereka yang sangat diperlukan untuk pembelajaran. Selain itu, 10 peratus daripada jumlah santri terdiri daripada keluarga miskin dan yuran pendidikan mereka adalah percuma, yang menambahkan lagi beban pondok pesantren dalam menyediakan beras.



Anda boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian kepada masalah ini. Dengan menderma, anda membantu memastikan setiap pelajar di Pondok Pesantren Ar-Raudhah mendapat keperluan asas mereka. Sumbangan yang terkumpul akan digunakan untuk membeli beras yang sangat diperlukan, supaya pelajar dapat fokus belajar tanpa perlu risau tentang makanan harian.



Setiap rupiah yang anda sumbangkan akan digunakan terus untuk membeli beras untuk pelajar-pelajar Pondok Pesantren Ar-Raudhah. Dengan memperuntukkan 10 peratus sumbangan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan, kami bersama-sama memastikan semua pelajar, tanpa pengecualian, dapat menikmati makanan yang enak. Ini adalah langkah kecil kita untuk menyokong generasi pelapis yang sedang belajar dan menghafaz Al-Quran.



Setiap sumbangan, walau sekecil mana pun, amat bermakna. Ayuh sama-sama kita berganding bahu menghulurkan sumbangan beras kepada Pondok Pesantren Tahfiz Al-Quran Ar-Raudhah. Derma sekarang dan sebarkan kepada rakan dan keluarga anda. Sama-samalah kita menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka menuju kebaikan dan keberkatan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 30, 2024

Kempen Sumbangan Tamat