ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Dec 14, 2023

BANTUAN BEKALAN MUSIM SEJUK DI KEM PELARIAN SERANGAN DI GAZA

RM1,285 / 42.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

51 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bukan waktu yang tepat kita boleh berhenti membela Palestin, jom mengagihkan bantuan untuk saudara di Gaza untuk bertahan hidup di musim sejuk!


Hujan turun beberapa hari ini bertepatan dengan datangnya musim dingin di Gaza. Ada keberkahan dari setiap titisan air dari langit atas kuasa Allah SWT, Di Deir al-Balah, keluarga-keluarga berjuang untuk mendapatkan air di tengah-tengah kekurangan akibat sekatan berterusan Israel. Air hujan menjadi satu-satunya harapan, namun cuaca dingin ini menjadi cabaran bagi mangsa serangan berterusan di Gaza.



"Dulu saya sangat menyukai musim sejuk dan hujan, tetapi tahun ini saya harap tidak akan ada hujan."


Ini adalah kata-kata seorang gadis Palestin yang kehilangan tempat tinggal yang keluarganya kini tinggal di dalam khemah akibat pencerobohan Israel yang dahsyat ke atas Gaza.



Di tengah musim hujan yang tiba, kehidupan mereka semakin sukar kerana khemah-khemah kain yang menjadi satu-satunya tempat perlindungan tidak mampu menahan udara sejuk dan air hujan yang deras. Gambar-gambar penuh kesedihan menunjukkan betapa penderitaan menghantui setiap sudut Gaza. Keluarga yang menggunakan beg nilon sebagai bentuk perlindungan yang sederhana terhadap hujan, menunjukkan seberapa sulit keadaan hidup mereka setelah Zionis meruntuhkan rumah-rumah mereka.



Melihat fakta ini Asar Humanity menjemput anda untuk menderma semampu rezeki yang boleh dikeluarkan untuk membantu keluarga miskin di Gaza melalui musim sejuk. InshaAllah sumbangan dari anda akan diagihkan dalam bentuk tilam, selimut, kemah, dan persediaan bekalan musim sejuk.



Bersama-sama, kita boleh memberi harapan dan sokongan kepada mereka yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Semoga Allah SWT melindungi anda dan keluarga. InshaAllah pahala dan rezeki akan digandakan keberkahannya. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMMAD TAUFIK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 15, 2023

Kempen Sumbangan Tamat