Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM260 / 8.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
19 Penyumbang
Kempen Berakhir!
EuroMedHR melalui penyelidikannya menggambarkan realiti yang menakutkan di Gaza, di mana penduduk terpaksa bertahan bukan sahaja daripada serangan bom, tetapi juga kebuluran yang menghantui tanah mereka. Pada masa ini, tanggungjawab kita adalah untuk bersatu dan memberikan bantuan makanan segera kepada mereka yang memerlukannya. Program Makanan Sedunia menyerlahkan realiti pahit di Gaza: "Peratusan keluarga yang terjejas akibat peningkatan mendadak dalam ketidakamanan makanan yang teruk di Gaza adalah yang tertinggi di dunia."
Pemandangan udara di Rafah, selatan Jalur Gaza, menggambarkan kamp-kamp pengungsi. Lebih dari 657 ribu orang menjadi pengungsi di kota Rafah, sebagian besar dari mereka tinggal tanpa tempat berlindung dan kekurangan kebutuhan dasar seperti air dan makanan. Kondisi ini semakin memburuk, dengan ketakutan akan penyebaran penyakit di daerah yang padat penduduk.
Kata-kata seorang yang terselamat, "Jika kematian tidak datang dari serangan udara, ia akan datang dari kelaparan" sudah cukup untuk mendorong kita untuk membantu mereka yang masih bertahan. Marilah kita bersama-sama memerangi ancaman kelaparan ini dan memberi harapan kepada mereka yang hidup dalam keputusasaan. Melalui sumbangan dan sokongan anda, kami boleh menjadi alat perubahan untuk mengurangkan risiko kematian akibat kebuluran di Gaza.
Asar Humanity menjemput anda semua untuk menderma, bermula dari RM10, untuk mengambil bahagian dalam usaha mengumpul dana menyediakan makanan melalui sumbangan makanan dan dapur awam yang masih beroperasi di Gaza.
Langkah konkrit kami, seperti membeli makanan dari kedai-kedai tempatan, bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada pelarian yang terjejas akibat serangan, tetapi juga menyokong kemerdekaan dan daya tahan masyarakat Gaza. Dengan ini, kami berharap dapat memberikan impak positif yang lebih besar, bukan sahaja untuk keperluan segera, tetapi juga untuk proses pemulihan jangka panjang.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah ala kulli haal. Syukur ke hadrat Allah SWT melalui sokongan anda dan masyarakat lainnya, tim Asar Humanity di Palestin berjaya mengagihkan pakej makanan yang dihantar kepada saudara-saudara kita di Gaza yang bermukim sementara di kem pelarian kawasan perbatasan Rafah, Selatan Gaza. Barakallahu fiikum!
Mereka sangat menyambut baik bantuan dari anda. Sekatan dan penjajahan Zionis membuat mereka bermukim di kem dengan seadanya. Di bulan Ramadan ini seringnya mereka berpuasa tanpa berbuka karena tak ada makanan yang boleh dimakan. Alhamdulillah setakat ini adanya bantuan pakej makanan ini boleh jadi bekalan beberapa hari hadapan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda bagi anda dan keluarga. Aamiin yaa Mujibassailiin.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Jan 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 12, 2024
NURUL AZNIE BINTI MOHD JAIS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 12, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 12, 2024