Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM565 / 18.83 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
30 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Yaman, antara negara termiskin di dunia yang kini dilanda konflik yang menyayat hati. Peperangan di Yaman telah meragut nyawa berpuluh-puluh ribu orang awam, melukakan hati mereka dan memaksa lebih empat juta orang meninggalkan rumah mereka dalam perpindahan.
Selama bertahun-tahun, penduduk Taizz terpaksa bertahan dengan air bersih yang hanya boleh mereka perolehi daripada agensi kemanusiaan. Kanak-kanak di sana terpaksa membesar tanpa kepastian nutrisi yang seimbang, kerana makanan yang terhad hanya memenuhi keperluan asas tanpa menyediakan nutrisi yang mencukupi.
Di sini, kita mempunyai peluang untuk mengubah kisah mereka. Memandangkan bulan Ramadhan semakin hampir, marilah kita bersama-sama menyediakan pakej juadah untuk persiapan bersahur dan berbuka. Puasa juga sudah biasa bagi orang-orang miskin di sana yang sering tidak mempunyai bekalan makanan.
Setiap sumbangan yang kami berikan akan menjadi cahaya harapan dan kebahagiaan di tengah-tengah masa yang gelap dan sukar ini. Ramadan adalah bulan suci bagi semua umat Islam. Kemeriahan bulan Ramadhan tanpa risau tentang kelaparan juga harus dibawa ke Yaman. Dengan menyatukan hati budi kita, kita boleh membuat sumbangan positif untuk mengurangkan beban yang mereka pikul.
Kami menyaksikan secara langsung dampak besar dari bantuan makanan dari anda yang kami distribusikan di Ma’rib dan Taizz. Ketika kami datang dengan paket makanan, tergambar senyuman dan ekspresi emosi di wajah mereka. Dalam momen kegembiraan itu, terasa rasa syukur yang tak terhingga.
Bermula dari RM10. Derma anda akan digunakan untuk menyediakan bungkusan makanan yang mengandungi beras, kacang, minyak, susu, gula, tepung jagung dan barangan runcit penting lain untuk keluarga di Yaman. Setiap sumbangan yang anda berikan akan membantu memastikan mereka tidak perlu tidur dalam keadaan perut kosong, terutamanya pada bulan Ramadan yang mulia. Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rahmat kepada anda dan keluarga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Alhamdulillah ala kulli haal. Hari ini kami ingin menyampaikan cerita penuh kegembiraan datang dari Yaman. Berkat ridho Allah SAW dan sokongan anda pada kempen makanan berkhasiat untuk saudara-saudara kita di Yaman, tim Asar Humanity berjaya mengagihkan pek iftar yang berisi nasi rempah, ayam golek, air mineral, dan apel. InshaAllah makanan hangat ini menjadi makanan yang lazat bertenaga untuk berbuka puasa bagi masyarakat miskin wilayah Al Mudhaffar, Alnuwr, Taiz, Yaman. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan.
Lihatlah betapa hidangan ayam golek sungguh menggembirakan mereka! Semoga Allah SWT memberikan ganjaran dan keberkatan yang berlipat ganda kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
SEMUT HITAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 02, 2024
YUSRI YUSOF
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 02, 2024
DZAIDY
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 02, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 02, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 02, 2024