Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM370 / 12.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Melancarkan kembali kempen bantuan untuk Yaman, sebuah negara yang mengalami kesulitan ekonomi dan konflik, memerlukan bantuan kita. Sebagai salah satu negara termiskin di dunia, rakyat Yaman, terutamanya yang kurang bernasib baik, menghadapi cabaran yang amat besar untuk memenuhi keperluan asas mereka, terutamanya makanan. Jom sertai kempen bantuan makanan untuk memberikan harapan dan kehidupan yang lebih baik kepada mereka yang memerlukan.
Yaman kini sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang luar biasa. Konflik bersenjata dan ketidakstabilan politik telah mewujudkan persekitaran di mana golongan miskin menjadi mangsa utama. Keadaan ekonomi yang merosot dan akses terhad kepada sumber makanan telah menyebabkan tahap kelaparan yang membimbangkan dalam kalangan penduduk Yaman.
Menurut data Program Makanan Sedunia (WFP), Yaman menduduki tempat keenam daripada sepuluh negara yang mempunyai kadar kelaparan tertinggi di dunia. Menjelang 2023, dianggarkan 17.4 juta orang di Yaman akan mengalami kelaparan, meningkat daripada 16.2 juta orang pada tahun sebelumnya.
Marilah kita bersama-sama menjadi suara untuk yang tidak didengari dan memberi harapan untuk masa depan yang lebih baik di Yaman. Sumbangan anda akan disalurkan untuk menyediakan bungkusan makanan untuk keperluan asas, seperti beras, gula, minyak masak dan tepung serta makanan istimewa tempatan. Bantuan ini akan menjadi sumber harapan bagi mereka yang bergelut untuk memenuhi keperluan makanan mereka dalam keadaan yang sukar.
Pasukan Asar Humanity di Yaman melihat sendiri bagaimana warga miskin di Yaman kesusahan memenuhi kebutuhan makan saat mengagihkan pakej bantuan dari anda pada bulan Ogos yang lepas. Jom lanjutkan kebaikan ini!
Setiap sumbangan kewangan akan digunakan dengan bijak untuk membeli makanan dan mengagihkannya kepada mereka yang memerlukan. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan ganjaran yang melimpah ruah kepada anda dan keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 19, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 18, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 15, 2024
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 15, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 14, 2024