ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Feb 17, 2023

BANTUAN BAJU SEJUK UNTUK MANGSA TERJEJAS GEMPA TURKI SURIAH

RM215 / 7.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom hangatkan saudara kita yang terjejas gempa di Turki dan Suriah dengan bantuan baju sejuk. Semoga anda semua beroleh ganjaran oleh Allah SWT.


Assalamualaikum wbt tuan dan puan, semoga anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera hendaknya. Sudah hampir 2 minggu sejak gempa bumi berkekuatan magnitud 7.8 menggoncang negara Turki dan Utara Syria. Sehingga kempen ini ditulis pada 17 Februari 2023 pagi hari, sedikitnya 43,844 maut, dan lebih dari 111,739 terluka di wilayah Turki dan Suriah. Laporan sementara mendata lebih 13 juta orang terjejas akibat gempa bumi ini.




Pasukan Kemanusiaan Asar dan pasukan sukarelawan telah dikerahkan untuk menjawab panggilan kecemasan. Menyertai bersama pertubuhan kemanusiaan dari seluruh dunia, mereka telah bekerja menyelamatkan warga terjejas dan mengagihkan bantuan tanpa jemu Salah satu khemah bersama sukarelawan antarabangsa di Malatya, mencatat sedikitnya 1800 sukarelawan dari seluruh dunia tinggal di kem ini. Secara bergantian mereka turun ke lokasi terjejas. 



Kemalangan ini semakin menusuk hati, mereka kehilangan orang yang dicintai, dan tak ada lagi rumah yang nyaman untuk ditempati. Setakat ini mereka tinggal di khemah pelarian. Musim sejuk belum berakhir, udara sejuk bisa jadi turun di bawah minus 7 derajat. Mangsa terjejas tidur di khemah dengan peralatan seadanya.




Tuan dan puan kami ingin menjemput anda ambil kesempatan keutamaan bersedekah mengagihkan baju sejuk untuk mereka yang terpaksa tinggal di khemah pelarian. Dengan RM147 anda boleh menghantarkan 1 baju sejuk yang akan menghangatkan tubuh orang-orang yang sedang kesulitan ini.


Kirimkan doa terbaik anda dan sokongan kepada mangsa gempa di Turki dan Suriah! Semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkahan kepada Anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

OMAR HARUN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 21, 2023

Kempen Sumbangan Tamat