Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,325 / 44.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
75 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di tengah-tengah serangan Zionis yang berlarutan, kanak-kanak di Gaza menghadapi cabaran yang tidak dapat dibayangkan iaitu kesejukan yang menusuk tulang. Khemah pelarian yang mereka diami tidak dapat memberikan perlindungan yang mencukupi. Terlalu ramai kanak-kanak telah kehilangan nyawa akibat kesejukan yang membawa maut.
Berita kematian seorang anak kecil sudah cukup melukai hati nurani kita. Seorang anak kecil bernama Sanad meninggal dunia tak dapat bertahan hidup di kem pelarian akibat kesejukan musim hujan.
Asar Humanity menjemput anda menghulurkan bantuan berupa pakaian hangat dan jaket kepada anak-anak yang amat memerlukannya. Mulai dari pada RM10, sumbangan anda dapat memberikan kehangatan, inilah serba sedikit yang dapat kita lakukan untuk melindungi kanak-kanak generasi penerus perjuangan.
Walaupun kita sedar bahawa akses ke Gaza dihadkan oleh sekatan Zionis, kita tidak boleh berdiam diri. Hari ini, perpaduan kita adalah kekuatan utama. Marilah kita bersatu menghulurkan bantuan dalam memenuhi keperluan asas mereka. Bismillah, apapun yang kita punya berapa sahaja nilainya inshaAllah menjadi saksi kita menyokong perjuangan mempertahankan tanah air Palestin dan menuntut kembali pembebasan Al Aqsa.
Semoga Allah memberikan perlindungan dan keberkahan yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah ala kulli haal. Syukur ke hadrat Allah SWT dan sokongan anda, baju sejuk berjaya dihantar kepada kanak-kanak di kem pelarian kawasan Deir Al Balah, Semenanjung Gaza. Barakallahu fiikum!
Bantuan dari anda menghangatkan tubuh kecil mereka yang bertahan hidup di kemah dan lantai yang sejuk. Mudah-mudahan adanya nikmat dan rezeki yang kita, dapat menjadi wasilah bukti sokongan kita terhadap perjuangan meraih kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumllah khairan ahsanal jazaa.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga khabar ini mendapati anda dan keluarga anda dalam keadaan baik dan sejahtera di bulan Ramadan ini. Dalam ikhtiar kita menjaga saudara kita di Gaza yang terus berkesusahan kerana kekejaman penjajah dan sekatan Zionis, sumbangan dari anda telah kami agihkan dalam bentuk bantuan baju sejuk bagi kanak-kanak pelarian yang bermukim di kem perlindungan di Beit Laiya, Jabalia, Gaza Utara. Alhamdulillah ala kulli haal. Terima kasih banyak Tuan dan Puan! Barakallahu fiikum.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala yang akan terus berlipat ganda di sisiNya.
Rezeki yang Allah cucuri kepada kita menjadi saksi kesungguhan kita mempertahankan Islam dan memerdekakan Masjid Al Aqsa. Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang telah dihulurkan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa!
Siti Rohaidah Mustapa
Jumlah: 1
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jan 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 08, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 08, 2024