Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM835 / 13.92 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
54 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bismillahirrahmannirrahim. Tuan dan Puan pahlawan kebaikan sekalian, di bulan Rabiulawal ini marilah kita memperbanyakkan amal soleh, agar kita lebih dekat dengan Rasulullah. Berikut adalah beberapa amalan yang boleh kita mulakan dari diri sendiri.
Terdapat satu kategori orang yang dipuji oleh Rasulullah sebagai yang terbaik di kalangan umat Islam yang lain, ialah penghafal dan pengajar Al-Quran.
Dari Uthman radhiallahu anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam beliau bersabda: "Sebaik-baik orang di antara kamu adalah orang yang mempelajari Al-Qur'an dan mengajarkannya."
(Hadis riwayat Al-Bukhari)
Adakah anda tidak cemburu dengan itu?
Sebagai umatnya, sudah tentu kita ingin menjadi golongan umatnya yang berkumpul bersamanya di syurga. Ini bukan sahaja pujian dari Nabi tetapi juga janji Allah atas limpahan kurnia yang besar.
"Kemudian Al-Quran itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri (dengan mengabaikan ajaran al-Quran), dan di antara mereka ada yang sederhana, dan di antara mereka ada yang mendahului (yang lain) berbuat kebaikan dengan izin Allah. Itulah karunia yang besar (dari Allah saja)."
(Faathir 35:32)
Menyempurnakan amal shalih di bulan yang mulia ini, marilah kita sambungkan hati kita kepada Rasululah dengan menyayangi orang yang dicintainya. Salah satunya kepada penghafal Al-Quran. Penghormatan Maulidur Rasul adalah asas keimanan dan sebagai kesyukuran kita atas kurniaan Allah SWT. Utamakan niat menjadi hamba Allah yang tekun beribadah, sebagai bekal untuk kita menghadapNya.
Insha Allah sumbangan anda akan diagihkan dalam bentuk pakej makanan asas dan menjadi tenaga para penghafaz al-Quran. Sehingga mereka fokus terus mempertahankan ilmu Al-Quran dan menjadi pewaris Al-Quran pada generasi selanjutnya.
Tidak ada perkataan kecil atau besar untuk harta yang anda sumbangkan. Terima kasih atas sumbangan anda yang telah diamanahkan untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan melalui Asar Humanity. Semoga Allah SWT melindungi anda dan keluarga. InshaAllah pahala dan rezeki berlipat kali ganda.
"Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) agar dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. (Ingatlah) Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
(Surah at-Taubah 103)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, semoga tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT, aamiin
Alhamdulillah, pada hari Isnin, 5 Disember 2022 pasukan Asar Humanity telah berjaya menghantar amanah dari tuan-tuan dan puan-puan berupa pakej makanan untuk adik-adik penghafaz Al-Qur’an setelah melakukan perjalanan darat dan laut. Di mana sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan digabungkan dengan sumbangan daripada kempen lain untuk meluaskan manfaat yang sedia. Sehingga sebanyak 40 pakej makanan dapat diagihkan kepada penerima manfaat.
Di mana pakej makanan ini diagihkan kepada penghafaz Al-Qur’an yang berada di Perkampungan Nelayan, di daerah Medan Belawan, Medan. Yang mana kawasan ini merupakan kawasan masyarakat pesisir pantai yang kehidupan sehariannya hanya bergantung kepada pokok bakau dan hasil laut. Sebaliknya kampung ini termasuk dalam kategori kampung berpendapatan paling rendah di bandar Medan dan sekitarnya. Sehingga masyarakat di kawasan ini juga sangat memerlukan bantuan untuk memenuhi keperluan harian mereka, termasuk untuk penghafaz Al-Qur’an.
Dan alhamdulillah atas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dalam menyumbang untuk bantuan berupa pakej makanan, senyuman gembira terpancar di wajah mereka ketika mendapat pakej makanan daripada tuan-tuan dan puan-puan.
Semoga dengan bantuan tuan-tuan dan puan-puan ini dapat meringankan beban hidup mereka dari segi makanan. Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Assalamu’alaikum Tuan dan Puan Pahlawan Kebaikan.
Semoga Tuan dan Puan dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.
Sepanjang bulan Rabiul Awal, Asar Humanity telah melancarkan kempen bertemakan Ingin Dekat Rasul. Di bulan kelahiran beliau ini, Alhamdulillah, bersama-sama kita memperingati dengan penuh kesyukuran atas kurniaan Allah SWT, mengutuskan insan terbaik sebagai pembimbing kita sebagai umat, Nabi Muhammad SAW. Salah satu caranya adalah dengan membahagiakan orang-orang yang dicintai Nabi, salah satunya pelajar yatim tahfiz.
Alhamdulillah sumbangan dari Tuan dan Puan sudah dihantarkan kepada anak-anak yatim di Rumah Tahfiz Rabiatul Adawiyah. Rumah Tahfiz ini merupakan salah satu tempat untuk belajar khususnya untuk para anak yatim yang kurang mampu namun memiliki semangat yang tinggi untuk menghafal Qur’an.
Bungkusan pangan yang dikirimkan berisi 5 kg beras, 1 kg gula, 2 liter minyak masak, 1 kotak teh, dan 2 tin 150 ml sardin. Mashallah. Semoga bantuan dari Tuan dan Puan menjadi kebahagiaan bagi anak-anak tahfiz ini. InshaAllah upaya kita semua untuk memelihara anak yatim menjadi bekal kita untuk berjumpa dengan Rasulullah di akhirat kelak. Aamiin Allaumma Aamiin.
Kami harap kebaikan ini tidak berhenti sampai di sini. Teruslah jadi Pahlawan Kebaikan dan membantu orang yang membutuhkan dengan tujuan mencari redha Allah SWT.
Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
"Oleh itu bertakwalah kepada Allah sedaya upaya kamu dan dengarlah serta taatlah (perintahNya). Dan nafkahkanlah harta kamu untuk kebaikan diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh sifat bakhil, maka mereka itulah orang yang berjaya." (Surah at-Taghaabun: 16)
Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada Tuan/Puan serta keluarga.Jazakumullah khairan.
HSR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 20, 2022
HSR
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 07, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 05, 2022