Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERTUBUHAN BERGERAK AMAL KEBAJIKAN TARBIAH INSAN SABAH (BAKTI)
Dimulakan pada Jun 08, 2022
RM2,218 / 2.88 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM77,000
52 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Ramai anak kecil kekurangan nutrisi akibat dari tidak mendapat bekalan susu yang sepatutnya. Ibu bapa mereka tidak mampu untuk membeli susu untuk si kecil tatkala harga yang kian meningkat di negara kita. Ada juga yang tidak menggunakan lampin pakai buang kerana tidak mampu untuk membelinya. Tidak semua mempunyai nasib yang sama, kerana ada golongan yang kurang bernasib baik yang tidak dapat untuk membeli susu dan lampin pakai buang untuk anak mereka. Ayuh kita bantu mereka!
Oleh itu, kami ingin melancarkan sebuah kempen "Bantuan Lampin Pakai Buang Dan Susu Bayi Kepada Anak Anak Yang Memerlukan" dengan sasaran kutipan sebanyak RM77,000 dalam tempoh 1 tahun, dengan sasaran untuk membantu 700 buah keluarga di sekitar Sabah. Kami mensasarkan untuk memberikan bantuan berupa susu dan lampin pakai buang kepada anak-anak yang terkesan ini.
Terima kasih atas sumbangan semua. Sumbangan anda amat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Dengan izin Allah, mudah-mudahan segala usaha dan berkah infaq/sedekah tuan-tuan dan puan-puan dapat meringankan beban keluarga yang terjejas dan membantu anak-anak kecil ini membesar dengan sihat. Akhir kalam, semoga Allah SWT menjadikan kita dari kalangan mereka lebih cintakan kehidupan akhirat, serta menjadikan kita dari kalangan mereka yang sentiasa bersemangat untuk melakukan infaq dan mengeluarkan sedekah jariah yang akhirnya dapat menyumbang kepada penjanaan ekonomi ummah dalam skala yang besar. Amin.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)
Jom #BuatBaik
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jul 31, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 27, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 26, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 18, 2022
NITAHAIN BINTI HASHIM KAMAL
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 10, 2022