Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM460 / 15.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
20 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dalam semangat memperbanyakkan amal soleh, marilah kita bersama-sama mengambil bahagian dalam tindakan penuh keberkatan: berinfaq Al-Quran ke masjid dan maahad yang sangat memerlukannya.
Al-Quran bukan sekadar himpunan kata-kata, tetapi sumber pedoman hidup manusia. Setiap ayat membawa rahmat dan hidayah, memberikan cahaya dalam kegelapan kehidupan. Di bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan dan keampunan, Al-Quran akan menjadi teman setia kepada jemaah masjid dan pelajar di maahad.
Rasulullah SAW telah mengajar kita keistimewaan setiap huruf di dalam Al-Quran. Tidak ada satu huruf pun yang kita baca, kebaikannya tidak terlepas dari perhitungan pahala. Setiap huruf adalah pelaburan dengan pelbagai pahala, yang akan terus mengalir sebagai sedekah.
Jom mulakan langkah ihsan di tengah bulan Syaaban, sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan. Dengan menyediakan Al-Quran lebih awal, kami membantu memastikan setiap individu mempunyai akses kepada sumber bimbingan dan rahmat yang tidak ternilai ini.
Melalui infaq Al-Quran, kami bukan sahaja menyediakan bahan bacaan untuk orang ramai, tetapi juga menggali pahala yang tidak terhingga. Jadikan langkah ini sebagai permulaan kepada rangkaian kebaikan yang akan terus mengalir dari semasa ke semasa.
Setiap huruf dalam Al-Quran mempunyai ciri-ciri yang luar biasa. Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah, baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dilipatgandakan sepuluh kali lipat."
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
Semoga Allah menerima setiap langkah kecil kita ke arah kebaikan, dan semoga setiap bacaan Al-Quran dari sumbangan ini menjadi sumber keberkatan bagi yang membacanya. Amin.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Alhamdulillah Asar Humanity telah mendistribusikan Qur'an untuk santri-santri Raudhatul Irfan, di Desa Tanjungsari, Bogor. Santri santri pun bahagia karena mereka tak harus lagi memakai Qur'an yang sudah robek dan lusuh. Bantuan Al Quran ini membuat mereka makin semangat mengaji. Karena Al Quran yang baru ini tulisannya lebih jelas dan mereka juga dapat membaca terjemahan Al Quran dengan baik. Barakallahu fiikum!
Setiap huruf yang dibaca oleh para santri akan bernilai 1 kali kebaikan berkali lipat. Semoga pahalanya juga mengalir kepada anda. Terima kasih Tuan dan Puan yang telah mendermakan hartanya melalui Sumbangan.com sudah berikan santri-santri plosok Qur'an baru yang sangat bermanfaat.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda bagi anda dan keluarga. Aamiin yaa Mujibassailiin.
Di hari-hari terakhir Ramadan, berkongsi bersama mereka yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Sebelum
Selepas menerima bantuan Al Quran
MEOR ROSAZMAN BIN MD IDRIS
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Feb 21, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 21, 2024
SITI KHAMISAH MD HASSAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 21, 2024