Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,070 / 21.40 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
49 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Membuat keputusan belajar di maahad bukanlah satu pilihan yang mudah, kerana apabila kita memasuki maahad, kita akan berhadapan dengan pelbagai ujian yang akan datang. Selain itu, semasa tinggal di maahad, kita juga harus dapat hidup lebih berdisiplin dan memupuk sifat sabar dalam diri.
Di lain sisi, tidak semua anak-anak yang masuk maahad berasal dari keluarga yang berada, ada di antara mereka yang berasal dari keluarga yang sederhana, bahkan yang berkekurangan. Namun, banyak di antara mereka yang mempunyai tekad kuat dan memutuskan untuk memasuki maahad untuk mendapat pendidikan agama.
Dengan kehidupan yang serba kekurangan, kadangkala ada di antara mereka yang terpaksa meminjam antara satu sama lain untuk keperluan harian, salah satunya adalah alat tulis yang digunakan untuk menulis mata pelajaran yang dipelajari, atau menterjemah setiap perkataan kitab yang sedang di imlak oleh ustadz atau ustadzah.
Tetapi jika mereka terus bergantung kepada peminjaman alat tulis secara berterusan, bagaimana mereka dapat belajar di luar waktu kelas? dan bagaimana mereka dapat belajar dengan tenang?
Oleh sebab itu, melalui program Pakej Alat Tulis Pelajar Tahfiz Miskin, marilah kita bersama-sama menyokong pelajar tahfiz agar terus dapat belajar dan menjadi insan yang berilmu, agar nantinya dapat melakukan perubahan kepada persekitaran dan masa depan mereka.
Dengan menderma RM96.77 atau berapa pun jumlahnya, anda sudah menyokong pendidikan pelajar tahfiz miskin yang memerlukan bantuan di Indonesia. Dan semoga apa yang anda berikan dapat menjadi kebaikan untuk anda di dunia dan di akhirat, aamiin ya rabbal ‘aalamin wa jazakumullahu khairan.
Teringat kalam Allah SWT:
إِنَّ ٱلْمُصَّدِّقِينَ وَٱلْمُصَّدِّقَٰتِ وَأَقْرَضُوا۟ ٱللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا يُضَٰعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang yang membenarkan (Allah dan Rasul-Nya) baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (balasannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang besar.”
(QS Al-Hadid: 18)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, semoga tuan dan puan sekeluarga sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah SWT, aamiin
Awal bulan Januari merupakan permulaan baru bagi ramai pelajar, salah satunya bagi pelajar di Mahaad Bahrul Ulum yang terletak di Kecamatan Pondok Aren, Kota Tangerang Selatan, Banten, Indonesia. Kerana pada awal tahun ini para pelajar memasuki awal semester baharu, setelah sebelum ini mereka bercuti sekolah peralihan dari semester ganjil kepada semester genap.
Kadang-kadang peralihan semester ini adalah satu perkara yang menggembirakan ramai pelajar, malah tidak jarang mereka memakai peralatan sekolah yang baru, seperti uniform, beg, kasut, mahupun alat tulis.
Namun, ini tidak berlaku kepada pelajar di Maahad Bahrul Ulum yang kebanyakan pelajarnya adalah anak yatim dan dhuafa. Tak kisahlah guna beg baru, beli alat tulis saja sulit bagi mereka. Jadi ramai pelajar tidak mempunyai buku dan alat tulis.
Alhamdulillah, atas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan, pada hari Khamis, 12 Januari 2023, seramai 127 pelajar di Maahad Bahrul Ulum telah menerima buku dan alat tulis untuk mereka gunakan pada permulaan semester genap ini. Supaya mereka tidak lagi sukar untuk menulis pelajaran yang mereka perolehi di dalam dan di luar bilik darjah.
Semoga Allah SWT membalas budi tuan-tuan dan puan-puan dengan balasan yang terbaik, dan semoga Allah SWT menerima segala doa tuan-tuan dan puan-puan serta keluarga, aamiin yaa rabbal 'aalamiin.
Dan untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, Wassaalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM250.00
Oct 14, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 13, 2022