Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM640 / 21.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Penghujung tahun telah tiba, dan pada waktu yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama menyebarkan kebaikan dengan berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Dalam semangat setiakawan, marilah kita satukan hati dan tangan untuk menyediakan makanan kepada fakir miskin, agar kehangatan penghujung tahun dapat dirasai oleh semua.
Kempen ini bertujuan untuk mengumpul dana dan sumbangan makanan untuk menyediakan hidangan lazat kepada golongan miskin yang memerlukan di sekeliling kita. Setiap sumbangan yang diberikan akan menjadi sebahagian daripada kisah kebaikan untuk membantu mereka menyambut akhir tahun dengan penuh harapan dan kemesraan.
Asar Humanity inshaAllah akan menyediakan hidangan lazat kepada orang miskin. Setiap sumbangan akan membawa kebahagiaan kepada keluarga yang memerlukan. Melalui kebaikan ini, marilah kita mengukir senyuman di wajah mereka yang mungkin mengalami cabaran dan kesusahan.
Kami percaya bahawa setiap hidangan yang disumbangkan bukan hanya makanan, tetapi juga kemesraan dan penjagaan. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat, perlindungan dan kelancaran rezeki buat anda sekeluarga. Amin, jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah ala kulli haal Tim Asar Humanity melawat ke Rumah Singgah Insani Bandung di penghujung bulan suci Ramadhan yang lepas, sambil menghantarkan bantuan pakej makanan asas dan barang runcit lainnya berupa bahan susu, daging sapi segar, daging ayam segar, beras, gula dan bahan pokok lainnya. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan!
Rumah Singgah Insani ini adalah rumah yang dibina oleh Bpk Supendi (Abah Lutung) untuk menampung golongan asnaf yang sedang berjuang berobat dari sakit kanker. Rumah yang diprakarsai dengan biaya sendiri dan juga sokongan orang-orang baik bertujuan menyokong perjalanan rawatan khususnya pesakit yang dirujuk dari kawasan yang jauh dari kota Bandung seperti Kerawang, Tasik, Garut, Cirebon, Subang malah dari luar Provinsi Jawa Barat.
Ramai di kalangan fakir miskin yang ahli keluarga mereka sakit sering kesulitan kerana tidak mempunyai wang untuk tempat tinggal apabila terpaksa pergi ke hospital rujukan untuk mendapatkan rawatan.
Berkat keredhaan Allah SWT dan sokongan anda pasien kanker serta keluarga pasien yang sedang berobat di sini mendapatkan bekalan makanan sihat berkhasiat untuk beberapa hari hadapan.
“Terimakasih para pejuang kemanusiaan, telah menghadirkan senyuman di Rumah Singgah Kanker Insani Bandung. Semoga Allah memberikan keberkahan, panjang umur, sehat untuk para penyumbang”
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 16, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 15, 2023