Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM563 / 18.77 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
28 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Alhamdulillah ala kulli haal hari ini, 22 November Israel sepakat untuk melakukan gencatan senjata terhadap Gaza selama 4 hari. Semoga tak ada lagi kekerasan dan kejahatan yang menimpa saudara kita di Palestina seterusnya. Pada masa ini kita tak boleh berhenti mendukung Palestina, teruskan bercakap tentang Palestina di media sosial anda. Jangan bosan membela Palestina kerana itulah tujuan dari Zionis. Kita tak boleh berhenti di sini.
Sejak 7 Oktober, Gaza telah bergelut dengan serangan yang tidak berkesudahan, menyebabkan beribu-ribu nyawa terkorban dan berjuta-juta lagi kehilangan tempat tinggal. Lebih 13 ribu orang telah meninggal dunia, termasuk kanak-kanak, manakala mangsa yang terselamat cuba mencari perlindungan di tempat yang semakin terhad di wilayah ini. Rakyat Gaza sedang mengalami krisis kemanusiaan yang mendalam, mewujudkan keperluan mendesak untuk bantuan air bersih untuk memastikan kelangsungan hidup mereka.
Demi mencari perlindungan, penduduk Gaza kini menjadi pelarian di tanah sendiri. Hospital, sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan kem pelarian menyediakan tempat perlindungan sementara, tetapi serangan berterusan, menjadikan keadaan semakin tidak menentu. Bantuan air bersih sangat kritikal di tengah-tengah keadaan sukar ini. Tanpa bekalan yang mencukupi, risiko dijangkiti penyakit seperti cacar air meningkat, menimbulkan cabaran tambahan kepada mereka yang kehilangan segala-galanya.
Asar Humanity dengan rendah hati menjemput anda untuk bersatu dalam membantu saudara-saudara kita di Gaza. Melalui sumbangan dan pengagihan air bersih, kami boleh memberikan bantuan terus kepada penduduk yang terjejas akibat serangan itu. Setiap RM10 yang anda dermakan akan membantu menyediakan air bersih, membantu memelihara nyawa dan meringankan beban yang mereka tanggung.
Matlamat kami adalah untuk mengumpul dana sebanyak mungkin untuk mengendalikan trak air dengan kapasiti beribu-ribu liter bagi memenuhi keperluan air bersih penduduk Gaza. Dengan kos operasi RM3000 setiap trak, setiap sumbangan mendekatkan kami untuk memastikan air bersih sampai kepada mereka yang memerlukannya. Semoga Allah SWT merahmati anda dan keluarga anda. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga Allah selalu lindungi anda dan keluarga serta merahmati anda dengan keberkahan dan keampunanNya.
Syukur ke hadrat Allah SWT dan sokongan anda, lori air bersih berjaya dihantar kepada saudara-saudara kita yang tinggal di kem pelarian di kawasan Deir Al Balah, Semenanjung Gaza. Barakallahu fiikum!
Inilah keadaan saudara-saudara kita yang menjadi mangsa penjajahan dan sekatan Zionis, sehingga keperluan asas kehidupan tidak dapat dipenuhi. Alhamdulillah, hantaran bantuan ini dapat melegakan mereka. Terima kasih, Pahlawan Kebaikan! Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan.
Semoga berita ini mendapati anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
MashaAllah alhamdulillah ala kulli haal.
Dengan rasa rendah diri dan rasa terima kasih, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tim Asar Humanity di Gaza dan kepada semua penderma yang telah bersatu dalam usaha kemanusiaan untuk membantu keluarga pelarian yang saat ini hidup di salah satu kem Kota Rafah. Sesungguhnya, inisiatif ini telah membawa sinar harapan kepada saudara-saudara kita yang terjejas akibat serangan di Semenanjung Gaza.
Harap dimaafkan, kerana terdapat sedikit masalah pada banner dalam gambar yang kami lampirkan yang masih menunjukkan tahun 2023. Sementara pengagihan air bersih dilakukan beberapa pekan yang lepas.
YaAllah! Melihat penderitaan saudara-saudara kita di sana, hati ini terasa begitu sakit. Mereka mesti bersabar dalam mendapatkan akses kepada keperluan asas, termasuk air bersih yang merupakan hadiah berharga. Ketibaan Asar Humanity dengan lori besar yang menghantar air bersih adalah cahaya yang terang di tengah-tengah kegelapan yang mereka hadapi.
Alhamdulillah. Barakallahu fiikum! Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah membantu meringankan beban mereka. Setiap titisan air bersih yang dihantar adalah sinar harapan baru untuk kelangsungan hidup mereka. Semoga segala kebaikan yang telah diberikan menjadi amal jariah yang tidak putus-putus, dan keberkatan yang terus berlipat ganda.
Kepada saudara-saudara kita di Gaza, semoga bantuan ini dapat memberikan sedikitnya ketenangan jiwa. Kami juga mendoakan semoga Allah memberi kekuatan untuk saudara-saudara di sana yang Allah janjikan keberkahannya di tanah Syam. Semoga kita semua sebagai umat Islam dapat bersatu hati menjaga agama dan membantu orang lain, agar di akhirat kelak, rezeki yang diperolehi menjadi saksi kesungguhan kita mempertahankan Islam dan memerdekakan Masjid Al Aqsa.
Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang telah dihulurkan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 23, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 23, 2023